Susahkan menghafaz surah YaaSiin ?
Tidak sesusah mana insyaAllah.
Surah YaaSiin hanya 6 halaman daripada 604 halaman Al-Quran (mushaf Uthmani cetakan saudi).
Iidak sampai 1% pun.
Setiap halaman ada 15 baris. Jadi, ada 15 x 6 = 90 baris sahaja semuanya.
Namun ada 6 baris yang tidak berisi ayat-ayat surah YaaSiin.
6 baris tersebut berisi
- ayat-ayat surah sebelumnya (3 baris surah Fatir),
- perkataan "bismillah.." (1 baris)
- corak hiasan permulaan (1 baris) dan pengakhiran surah (1 baris).
Maka, hanya ada 84 baris sahaja yang kita perlu hafaz.
Jika sehari hafaz 3 baris, kita akan berjaya hafaz surah YaaSiin dalam 28 hari sahaja.
Dalam bulan Ramadhan, sehari 3 baris, akhir Ramadhan sudah hafal,
sudah boleh baca keseluruhan surah YaaSiin dalam solat, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment