Waled Ehsan atau Dr Hj Mohd Fared bin Hj Abdul Khir dilahirkan di Gerik, Perak pada tahun 1971. Beliau memulakan alam persekolahan di S.R.K. Mahkota Sari, Gerik, Perak dan bersekolah menengah di Maktab Tentera Di Raja, Sg Besi, Kuala Lumpur. Beliau memperolehi ijazah Sarjana Muda (Kejuruteraan Elektronik dan Maklumat) di Universiti Yamagata, ijazah Sarjana Sains (Sains Komputer) di Universiti Putra Malaysia dan ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik) di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ketika ini, beliau bertugas di sebuah agensi penyelidikan sebagai penyelidik dalam bidang berkaitan teknologi optik.