Soalan 1.
Apakah ciri-ciri penting dan juga keunikan buku ini ?
Jawapan :
Ciri-ciri penting dan juga keunikan buku ini ialah pada perkara-perkara berikut :
- bukan hanya memberi maklumat cara menghafal, buku ini juga untuk digunakan terus sebagai alat bantu hafaz.
- menggunakan kaedah "paparan halaman".
Ini kaedah yang belum pernah dilihat di mana-mana buku berkaitan hafazan.
- Menyenaraikan terus cadangan perkara-perkara yang boleh dimanfaatkan untuk membantu mnguruskan kekeliruan dan mudah mengingat (dinamakan sebagai "sebab-sebab ingat" di buku ini).
- Menggunakan banyak gambar untuk membantu dalam penerangan.
Uniknya, gambar lebih banyak menguasai ruang berbanding perkataan.
- Mushaf YaaSiin yang digubah sedikit sebagai cadangan untuk mudah digunakan ketika menghafaz.
Soalan 2.
"Alat bantu hafaz" ?
Jawapan :
Seperti para guru yang menggunakan "alat bantu ajar", begitulah dengan "alat bantu hafaz" di buku ini. Pembaca menggunakan terus bab-bab di bahagian kedua buku ini semasa menghafal.
Soalan 3.
"Paparan halaman" ?
Jawapan :
Paparan keenam-enam halaman surah YaaSiin yang tidak mengandungi ayat-ayat surah YaaSiin. Ia membantu pembaca membayangkan kedudukan atau tempat di mushaf bagi "sebab-sebab ingat"
Soalan 4.
"Sebab-sebab ingat" ?
Jawapan :
Tiga perkara iaitu "kalimah serupa", "ayat atau kalimah hampir serupa", "kelainan-kelainan tertentu".
Soalan 5.
Senarai "sebab-sebab ingat" ?
Jawapan :
Sila rujuk bab 6.