Saudara-saudari dipersilakan untuk memuat turun fail-fail mp3 surah YaaSiin yang disediakan untuk membantu memudahkan menghafal surah YaaSiin. Pasanglah fail-fail tersebut di pemain mp3 pada komputer, telefon bimbit atau dalam kereta dan dengarlah berkali-kali, semoga dapat membantu dalam hafazan.
Terdapat pelbagai kategori, daripada keseluruhan surah YaaSiin sehinggalah dari satu ayat ke satu ayat. Saudara-saudari dicadangkan untuk memuat turun fail "satu ayat satu ayat" atau "gabungan dua ayat dua ayat" atau pun "separuh halaman separuh halaman" kerana ia lebih membantu hafazan berbanding mendengar "keseluruhan bacaan surah YaaSiin".
Laman ini masih dalam pembinaan, kami sedang memuat naik sedikit demi sedikit.