Penulis (Waled Ehsan) telah menyampaikan bengkel ringkas menghafaz surah YaaSiin di Mimos Berhad pada Isnin, 29 Jun 2015 (12 Ramadhan 1436). Masa 45 minit semasa rehat tengahari agak terhad, namun alhamdulillah telah dapat berkongsi kaedah menghafaz surah YaaSiin dan sedikit pengenalan bagaimana menggunakan buku SBHSY. Kepada rakan-rakan di Mimos Berhad, terima kasih kerana sudi hadir dan maaf jika agak tergesa-gesa dalam penyampaian. Semoga berjaya hafaz surah YaaSiin, insyaAllah.
Tuesday, 30 June 2015
Wednesday, 17 June 2015
Susahkan menghafaz surah YaaSiin ? (sambungan)
3 baris sehari, sebulan tamat hafaz keseluruhan surah YaaSiin.
Sebenarnya, kita telah membaca surah YaaSiin kalau tidak ribuan, maka ratusan kali.
Sebahagian ayat-ayat surah YaaSiin kita telah hafaz sebenarnya.
Daripada 84 baris, mungkin 30 baris telah kita hafaz.
Tinggallah hanya 50 baris.
Dengan itu, jika kita menghafaz 2 baris sehari, hafazan akan tamat dengan 27 hari.
Bulatkan tekad, hafaz 2 baris sehari, sebulan berjaya hafaz surah YaaSiin.
Sudah boleh baca dalam solat, insyaAllah.
Monday, 15 June 2015
Susahkan Menghafaz Surah YaaSiin
Susahkan menghafaz surah YaaSiin ?
Tidak sesusah mana insyaAllah.
Surah YaaSiin hanya 6 halaman daripada 604 halaman Al-Quran (mushaf Uthmani cetakan saudi).
Iidak sampai 1% pun.
Setiap halaman ada 15 baris. Jadi, ada 15 x 6 = 90 baris sahaja semuanya.
Namun ada 6 baris yang tidak berisi ayat-ayat surah YaaSiin.
6 baris tersebut berisi
- ayat-ayat surah sebelumnya (3 baris surah Fatir),
- perkataan "bismillah.." (1 baris)
- corak hiasan permulaan (1 baris) dan pengakhiran surah (1 baris).
Maka, hanya ada 84 baris sahaja yang kita perlu hafaz.
Jika sehari hafaz 3 baris, kita akan berjaya hafaz surah YaaSiin dalam 28 hari sahaja.
Dalam bulan Ramadhan, sehari 3 baris, akhir Ramadhan sudah hafal,
sudah boleh baca keseluruhan surah YaaSiin dalam solat, insyaAllah.

Thursday, 11 June 2015
Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1436H
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Bulan kita membesarkan "imsak", menahan keinginan-keinginan diri. Menghampiri akhir Ramadhan pula, kita "infak", memberi zakat. Semoga terbina kebolehan "menahan dan memberi", jadilah kita manusia, insyaAllah.
Selain menambah ibadat solat dan bacaan Al-Quran, mari kita manfaatkan suasana ibadat bulan Ramadhan, membantu kita menghafaz ayat-ayat Al-Quran. Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari sebelumnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)