Pelancaran buku ini telah disempurnakan pada sebelah malam hari raya Aidil Fitri semasa majlis perhimpunan keluarga Long Fatimah bertempat di Kg Sekolah Arab, Kuak, Kuala Kangsar. Keluarga Long Fatimah ialah keluarga sebelah ibu penulis.
![]() |
Pelancaran buku oleh Tn Hj Hamzah Zain, sepupu penulis, yang telah banyak menjadi sumber inspirasi kepada penulis dan ahli keluarga Long Fatimah yang lain buat sekian lama. Terima kasih Abg Mezah. |
![]() |
Antara ahli keluarga Long Fatimah yang hadir. |
![]() |
Barisan ahli panel dan pengerusi majlis semasa majlis perhimpunan keluarga Long Fatimah. |
1. Majlis perhimpunan keluarga Tok Sa'ad di Gerik, Perak.
Ini ialah perhimpunan keluarga sebelah bapa penulis (Waled Ehsan). Perhimpunan dilaksanakan di Surau Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al-Quran, Pondok Air Jernih, Gerik, Perak. Tok Sa'ad dikenali sebagai orang yang telah membuka bandar Gerik. Penulis ialah generasi kelima keluarga Tok Sa'ad daripada sebelah bapa. (Allahyarham Hj Abdul Khir Ishak)
![]() |
YB Dato' Hj Hasbullah (generasi kelima keluarga Tok Sa'ad) menerangkan sedikit berkaitan salasilah keluarga Tok Sa'ad. |
![]() |
Pelancaran tertutup (soft launch) oleh YB Dato' Hj Hasbullah Hj Osman.Terima kasih YB atas kesudian melancarkan buku kecil ini. |
2. Majlis perhimpunan keluarga penulis di Gerik, Perak
Majlis dilaksanakan di rumah ibu penulis di Kg Bendang Kerajaan, Gerik, Perak.
![]() |
Penulis bersama keluarga di rumah ibu. |
![]() |
Penulis bersama barisan penyemak - adinda-adinda Ustaz Dr Hj Fahmi, Ustaz Dr Faizal, Ustaz Dr Fairooz dan ibu penulis (Ustazah Hjh Rakiah Harun) |
Alhamdulillah ..
ReplyDelete