Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Batin. Dapatkan diskaun lebih 15% sempena Aidil Fitri 1436H...

Sunday, 10 August 2014

MP3 bacaan surah YaaSiin ikut "halaman", "separuh halaman", "dua ayat - dua ayat", "satu ayat - satu ayat".

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga menyediakan media audio mp3 untuk para pengunjung dan pembaca buku "SBH Surah YaaSiin". Sila ke menu tarik bawah (pull down menu) "Muat Turun" untuk memuat turun mp3 berikut :-

Bacaan Sheikh Maher Al-Muaiqly

1. keseluruhan surah YaaSiin
2. Pecahan Halaman
3. Pecahan separuh Halaman
4. Pecahan Dua ayat - dua ayat
5. Pecahan Satu ayat - satu ayat

Kami berpendapat, dengan mendengar berulang kali bahagian kecil surah yang sedang dihafal, saudara/i akan lebih mudah menghafaz berbanding dengan jika mendengar keseluruhan surah.
Cubalah memuat turun contohnya mp3 "dua ayat - dua ayat", pilih pasangan ayat yang ingin dihafaz dan pasangkan di telefon pintar atau pemain mp3 kereta dan sebagainya dan dengar secara berterusan.

Semoga memudahkan saudara/i menghafaz ..

Friday, 1 August 2014

Pelancaran buku

Alhamdulillah, selesai sudah pelancaran buku kecil "Semoga Berjaya Hafaz Surah YaaSiin" pada tanggal 1 syawal 1435H bersamaan 28 Julai 2014. Pelancaran ini telah kami tangguhkan beberapa kali ekoran peristiwa yang mendukacitakan umat Islam seluruh dunia khususnya umat Islam di negara ini iaitu serangan tidak berperikemanusiaan Zionis terkutuk ke atas umat Islam di Gaza serta peristiwa sedih MH17.   

Pelancaran buku ini telah disempurnakan pada sebelah malam hari raya Aidil Fitri semasa majlis perhimpunan keluarga Long Fatimah bertempat di Kg Sekolah Arab, Kuak, Kuala Kangsar.  Keluarga Long Fatimah ialah keluarga sebelah ibu penulis.


Pelancaran buku oleh Tn Hj Hamzah Zain, sepupu penulis, yang telah banyak menjadi sumber inspirasi kepada penulis dan ahli keluarga Long Fatimah yang lain buat sekian lama. Terima kasih Abg Mezah. 

Antara ahli keluarga Long Fatimah yang hadir.

Barisan ahli panel dan pengerusi majlis semasa majlis perhimpunan keluarga Long Fatimah.


Sebelum itu, selesai solat sunat Aidil Fitri, pelancaran tertutup (soft launch) telah dilaksanakan di dua majlis berasingan. 

1. Majlis perhimpunan keluarga Tok Sa'ad di Gerik, Perak.
Ini ialah perhimpunan keluarga sebelah bapa penulis (Waled Ehsan). Perhimpunan dilaksanakan di Surau Maahad Tahfiz dan Kemukjizatan Al-Quran, Pondok Air Jernih, Gerik, Perak. Tok Sa'ad dikenali sebagai orang yang telah membuka bandar Gerik. Penulis ialah generasi kelima keluarga Tok Sa'ad daripada sebelah bapa. (Allahyarham Hj Abdul Khir Ishak)


YB Dato' Hj Hasbullah (generasi kelima keluarga Tok Sa'ad) menerangkan sedikit berkaitan salasilah keluarga Tok Sa'ad. 


Pelancaran tertutup (soft launch) oleh YB Dato' Hj Hasbullah Hj Osman.Terima kasih YB atas kesudian melancarkan buku kecil ini. 


2. Majlis perhimpunan keluarga penulis di Gerik, Perak
Majlis dilaksanakan di rumah ibu penulis di Kg Bendang Kerajaan, Gerik, Perak.
   

Penulis bersama keluarga di rumah ibu. 

Penulis bersama barisan penyemak - adinda-adinda Ustaz Dr Hj Fahmi, Ustaz Dr Faizal, Ustaz Dr Fairooz dan ibu penulis (Ustazah Hjh Rakiah Harun)

Semoga buku kecil ini memberi manfaat kepada hamba-hamba Allah swt yang ingin menghafaz surah YaaSiin.